H A T I dan P E R A S A A N

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Salam kemerdekaan Malaysia ! Alhamdulillah untuk 63 tahun merdeka. Moga terus diberkati, Malaysia!

Okay sebenarnya tak nak cerita pasal merdeka pun. Blog tempat curhat dan aku rasa selamat untuk curhat di sini sebab aku tau tak ramai yang baca pun hahahahahha

Sepanjang 21 Tahun aku bernafas, fasa umur 20 tahun dan ke atas ini sangat mencabar untuk insan yang lemah seperti aku. Pertama kali aku diuji, aku terduduk, termangu. Kosong. Aku lupa untuk hidup berperasaan. Aku kerap melontarkan kata-kata yang negatif terhadap diri aku sendiri. Aku hilang diri aku yang dahulu. Aku hilang aku.

  Bangkitnya aku bila aku jumpa closure tu. Aku biarkan ia tersimpul rapi dalam kotak pengalaman pahit yang akan aku jadikan sebagai pengajaran. Pengalaman itukan guru dan aku berpegang pada itu. Itu prinsip hidup aku. Penat? ya, aku sangat penat. Tak habis-habis hati aku disakiti. Tak habis-habis diri aku dilukai. Perasaan dan hatiku sangat tak stabil. Aku rasa terbuang. Aku rasa diabaikan. Dalam keadaan duduk jauh dari keluarga, ianya perit untuk aku. 10 bulan lamanya aku rawat luka itu. Dalam tempoh 10 bulan inilah, satu persatu huluran pisau ditoreh ke hati dan perasaan aku.

  Lagi menambah luka, bila hati yang dah tertaut selama 7 tahun, diminta untuk dilepaskan. Oleh kerana aku dah ada pengalaman yang sebelum itu, aku berlagak okay dan berlapang dada. Tetapi hakikatnya, sekali lagi aku rasa aku terbuang. Yang ini, lagi sakit dari putus cinta. Ya, lagi sakit dari putus cinta. Yang ada masa kita susah dan senang dahulu, tak mustahil akan tinggalkan kita sekarang. Cukup la pengajaran-pengajaran ini aku jadikan sebagai panduan untuk aku lebih bijak mengatur hati dan perasaan.


 Aku tak sangka yang akhirnya aku akan terduduk dan tangisi apa yang berlaku. Sungguh bukan mudah untuk insan yang lemah seperti aku. Bukan senang untuk aku terus berfikiran positif. Bukan gampang untuk aku terus kuat demi hidup aku yang semakin lama semakin meniti ke lembah kesepian. Semakin lama diri ini semakin tenggelam dalam luka dan parutnya. Semakin hilang dalam pengalaman silamnya. Semakin hilang dia dalam dirinya. Tak pernah terbayang dek akal, aku akan tulis entry ni sambil menangis. 


 Lemahnya aku sebagai seorang insan. Baru diuji hati dan perasaan, sembang macam diri tu betul-betul susah. Tapi alhamdulillah, kalau aku tak diuji sebegitu, tak jadilah aku yang sekarang :)


Buat jiwa yang terluka,

Ketahuilah luka itu untuk membentuk kita ke arah yang lebih kuat,

Membentuk kita ke arah yang lebih positif,

Terlukanya jiwa kita bukan untuk perkara yang sia-sia.

Percayalah,

Akan tiba satu masa nanti,

Engkau berterima kasih kepada luka-luka itu.



Comments

Popular Posts