Hati, Perasaan dan Emosi

 Bismillah. Ya, aku rasa memang aku akan post entry ni setahun sekali sahaja. Hati, perasaan dan emosi. Semakin kita membesar, semakin kita belajar untuk mengenal emosi kita, semakin kita belajar untuk kawal hati dan perasaan kita. Aku tidak hadkannya kepada hal cinta semata-mata. Tapi aku luaskan kepada semua interaksi dan perhubungan yang melibatkan hati, perasaan dan emosi.

Issa a good thing bila kita tahu untuk kawal emosi kita terutamanya. Kita validkan kita punya emosi. kita kenal dan rasional dengan emosi kita. Cuma apa yang menjadi persoalan aku ialah, 

adakah benar dan beruntung menjadi seorang yang berterus-terang? Ya. Aku jenis yang berterus-terang andai aku rasa ada yang salah atau ada yang buat aku terasa. Tapi benarkah tindakan aku itu sebenarnya? Bagi aku, pros menjadi seorang yang berterus terang ini ialah, apabila kita boleh berlapang dada untuk apa jua yang orang katakan. ya la, sebab kita jenis yang berterus-terang. Tetapi, cons dia pada orang yang mendengar. Dia terasa ke? Dia willingly nak dengar apa yg kita luahkan ke? Benda ni bermain dalam fikiran aku agak lama. Sejak aku sedar yang aku memang seorang yang berterus-terang especially on how i feel. 

Aku rasa kesimpulannya, kita kena berpada-padalah kan dalam melakukan apa jua tindakan bukan? Islam pun mengajar untuk tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. 

Baiklah, sampai sini sahajalah coretan anajaha. Semoga jiwa yang berat itu, dilapangkan dengan rasa tenang, ditiupkan rasa bahagia dan dihilangkan rasa resah c:

Comments

Popular Posts