19 Tahun

Bismillah.

Sedar tak sedar, 19 tahun aku hidup. Dah blogging for almost 9 years. Tak aktif sebab admit memang tak ada orang nak baca. Tapi takpa, saja suka-suka :)





So, 
I miss my school. So much. Aku rindu zaman belajar di sekolah menengah. Aku rindu nak pakai uniform baju kurung putih, kain biru. And I miss my friends so much.

 Meniti hari kian hari. Alhamdulillah sekarang aku menduduki diploma. Tercampak nun jauh utara Malaysia. Tak pernah terfikir dek akal, yang aku akan sekali lagi berjauhan dengan keluarga. Bukan luar daerah macam dulu, tapi luar negeri Selangor tercinta. Walaupun aku tunggal, tapi aku tak kisah. Bagi aku, pengalaman baru itu sangat  berharga. So jangan pernah lepaskan peluang yang ada. 

 Mula-mula dapat tawaran, tipulah kalau bonda tercinta bagi terus. Mesti macam-macam yang bonda tanya. Makan macam mana, asrama macam mana, belajarnya macam mana. Maklumlah, tempat aku belajar itu, tak terkenal pun. Malah tak tau kewujudannya. Walaupun aku minta tempat lain, tapi dapat kat tempat lain, bak kata bonda, mana-mana sama sahaja. Yang penting diri kita.

 First night aku kat sana, Alhamdulillah going well. Aku tak homesick lagi. Tapi aku start homesick bila bulan puasa. Bila tengok kawan-kawan pulang sambut awal ramadan dengan keluarga, aku dengan beberapa rakan yang memang duduk jauh hanya mampu buka dekat masjid la. Tapi takpa kan, sebab berbuka dekat masjid dengan rakan-rakan baru juga merupakan pengalaman yang berharga.

 Everything went well. Kelas, makan, penginapan, lecturer, rakan-rakan, senior. Alhamdulillah. Allah jawab doa aku. Tapi, aku punya perlakuan, tak macam bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.  Aku sedar. Bukan aku tak cuba. Aku try. Hard. Doakan aku terus dipermudahkan urusan okay :)

  Semakin hari, aku semakin sedar. Yang kita tak boleh bergantung dengan manusia. Hanya Allah, selayaknya kita menggantungkan pengharapan. Tapi as manusia, one of reason kita lupa Allah, sebab kita sendiri tak rasa hadirnya Allah dalam diri kita. Erti kata lain, FUTUR. 

 Moga-moga aku tak lupa dengan tujuan aku masuk ke situ. Moga-moga aku jumpa apa yang aku cari. Dan semoga, aku dan rakan-rakan senantiasa dipermudahkan urusan dalam pembelajaran, dunia dan akhirat. Allahumma Amiin.

Sehingga ketemu lagi.
anajaha.

Comments

Popular Posts