Seorang Insan

Kaki dihayun melangkah masuk,
Melunaskan tanggungjawab pejuang ilmu di atas bahu.
Ku toleh ke kanan,
Seorang pelajar perempuan menawan,
Berkain merah masuk berjalan.

Tidakku sangka,
Sekelas kita ditakdirkan,
Menyemai lagi sebuah hubungan,
Antara ciptaan Tuhan,
Yang mungkin hanya angan-angan.

Ketika umur hanya tahu makan,
Dia pergi tanpa pesan,
Tinggalkan daku keseorangan,
Di medan perang tanpa membantu senjata diangkat.

Bulan mula menjalankan rutin,
Matahari biasa menyinari bumi,
Dan aku disini masih sendiri,
Tanpa dia teman disisi.

Aturan Ilahi indah sekali,
Tak kusangka bertemu kembali,
Dengan dia si peneman hati.
Siapa sangka persahabatan kini lebih bererti,
Dengan sulaman iman di hati,
Atas dasar kasih Ilahi.

Ku titip namamu dalam doaku,
Buat penyembuh duka rindu.

Doaku bisik kepada Yang Esa,
Kerana dasar Iman dan Takwa,
Jadi pelengkap persahabatan kita.

Comments

Popular Posts