Assalamualaikum :)
Salam rindu tidak berbicara. Bukan ada orang yang baca. Tak mengapa, Sekadar melepaskan luahan yang terbuku, ececece...

Hidup kini semakin sesak dengan bebanan kerja, kelas tambahan, study group, sukan dan sebagainya. Itulah hakikat seorang pelajar. Namun, dalam keadaan yang sibuk ini, dia asyik datang tanpa di undang. Beribu kali aku cuba, penyakit ini tetap tidak mahu meninggalkan aku yang lemah ini.

Bila fikir dari sudut positif," Allah nak uji iman kau Najah. Kau sendiri cakap kau nak berubah. So, prove it!" Tapi dari sudut negatif," kenapa semua ni jadi kat aku, ukan orang lain? Kalau la aku tak kenal dia dulu"

That is the fact. These are what I think. Kadang-kadang rasa macam nak tukar sekolah.
Wake up Najah! kau exam besar tahun ni. Allah baru uji dengan penyakit hati tu sikit sayang. Bukannya macam para mujahid mujahidah Palestin,Syria,Mesir dan di mana-mana sahaja.

Auni Najah, 
kejayaan itu bukan datang dengan sendiri. Kau kena harungi semuaaa nyaaa. Usaha yang sepahit pahit hempedu itu akan menghasilkan kejayaan yang manis nikmatnya. Jadilah anak solehah buat ibu bapa mu sayang :) 
Jangan hampakan ibu dan ayah.

#Aku tau pelik sebab buat post untuk diri aku.


Comments

Anis Amirah said…
Ape yg peliknya ? Biasa la tu . Spe lg nk bg kita smangat kalau bkn diri kita sendiri . Yeahh ! Auni najah ,Maju ke hadapan . InshaAllah :)
Anis Amirah said…
Ape yg peliknya ? Biasa la tu . Spe lg nk bg kita smangat kalau bkn diri kita sendiri . Yeahh ! Auni najah ,Maju ke hadapan . InshaAllah :)
Najah said…
amboi,, hahaha.. Maju!!!

Popular Posts