Aku baring memandang syiling.
'Ish, susahnya nak tidur' Aku belek kalendar di telefon,'sikit hari lagi balik asrama'
'Hmm,, dah nak masuk form 3, rasanya baru semalam aku konvo tadika'
Teringat memori semasa aku 5 tahun bersama seorang sahabat bernama Amirah. Jiran sebelah rumah dulu. Kami rapat dari kecil.
**********************
Aku bermain dengannya di padang, aku selalu merungut yang aku tak ada kakak. Kemudian aku katakan,
"kalau aku panggil kau kakak ok tak? pastu kau panggil aku adik"
"ok , aku tak kisah"
Azan maghrib berkumandang dan kami segera pulang ke rumah. Jarak rumah dengan padang dekat je:)
"ok, kak, balik dulu. Bye :) *sambil lambai tangan*"
"ok, bye dik*lambai tangan juga*"
Aku bergegas masuk ke dalam rumah. Bila buka sliding door ayah sudah tercegat. Terkejut sangat-sangat.
"Dah pukul berapa ni baru nak balik? Lain kali jangan balik lambat lagi. Balik sebelum pukul 6.30 petang"
Arah ayah dengan tegas. Aku hanya mampu menundukkan muka. Lalu pergi membersihkan diri untuk solat Maghrib.
Aku gelak sendiri. Benda tu tak berjaya pun. Kemudian aku turun untuk minum. Masuk bilik lagi sekali dan baring. Satu memori lagi melintas di mindaku.
Waktu itu, aku di rumah pengasuh yang ku panggil MakSiti. rumahnya berhadapan dengan rumah Amirah. Waktu tu hujan turun membasahi bumi. Ku lihat Amirah dan abang-abangnya, Omar dan Najmi bermain-main dalam hujan.
'Aku pun nak main juga. Tapi mesti MakSiti tak bagi. Nanti demam.'
Keesokkan hari nya aku keluar bermain dengan Amirah seperti biasa.
"Semalam aku nampak kau main hujan. Tak takut demam ke?"
Amirah ketawakan aku -,-
"Hahahaha, kitorang memang main hujan, tapi lepas tu terus mandi. Tak la demam"
Aku hanya menggangguk faham. Kemudian aku bermain di rumahnya. Ibu selalu berpesan dan cukup pantang kalau anak-anak ibu masuk rumah orang. Mula-mula aku keberatan, namun amirah bersungguh-sungguh. Tambahan pula kami akrab, jadi aku masuk dan bermain di dalam bilik Amirah. Ketika itu aku suka makan gula-gula getah. Aku nak buang, lalu aku menggunakan tangan dan keluarkan gula-gula getah tersebut dari mulut ku dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Abangnya Najmi berkata,
"Tak elok la pegang chewing gum guna tangan. Kotor"
Aku pandang dia dengan penuh curiga dan terus bermain dengan Amirah.
*********************
Aku dapat tahu dia akan pindah ketika kami berumur 5 tahun. Yup, tahun yang kami banyak melakar kenangan manis. Keluarga dia buat kenduri atau lorong kami yang buat kenduri. Itu aku tak ingat. Aku pakai baju jubah kesayangan aku. Dan aku luangkan masa bermain dengannya memandangkan hari itu hari terakhir. Apa yang aku ingat, saat mereka sekeluarga hendak bertolak, aku salam dengannya dan asyik cakap.
"kau doakan aku tau*sambil menangis sebak*"
"inshaAllah,, kau juga:)"
Balas Amirah dan masuk semula dalam kereta wira berwarna hitam. Aku lambai sambil menghantar dia dengan mata aku.
***********************
Semasa aku darjah dua atau satu, aku tak ingat, aku dapat kad raya dari Perak. Dari Amirah. Aku gembiraaaaaaa sangat dapat khabar berita dari dia. Tapi masa darjah satu atau dua itu sahaja. Darjah2 lain kami dah lost contact.
*******************************
Aku dan keluarga sedang berehat di petang hari di rumah*rumah lain sebab aku pun pindah*
Tiba-tiba ayah dapat panggilan. Lama ayah berbual. Tiba-tiba ayah bagi nombor telefon aku kepada orang yang telefon ayah. Dan aku dapat sms dari nombor 016. Masa itu, aku tiada kredit. Selepas aku mengisi kredit, aku sms dan tanya siapa. Tanpa ku sangka itu nombor Amirah :') Ayah pun tak beritahu aku. Rupanya dia ada pergi ke rumah lama kami tapi dia tak tau kami sudah berpindah.
Memandangkan ketika itu aku sudah berumur 12 tahun dan mempunyai akaun fb. Aku mencari akaun fbnya. Dan kami mula berhubung di facebook juga telefon. Aku yang rajin menelefon Amirah. Sejam dua juga kami berbual.
*********************
Aku tak ingat hari apa, ayah ada dapat panggilan dari ayah Amirah. Katanya nak datang rumah. Gembira sangat aku. Dapat aku melepaskan rindu. Kami hidangkan Durian Crepe. Maklumlah, masa itu, durian crepe jadi sebutan ramai. Ibu dan ayah juga ingin membuatnya. Aku berdebar-debar tunggu mereka. Biasalah, lama tak jumpa. Mula-mula agak kekok untuk berbual dengan Amirah, Tapi memandangkan dia seorang yang mesra, jadi mesrala. hehehehe. Mereka singgah dirumah ku sekejap sahaja kerana ingin segera pulang ke Perak.
**************************
Pada tahun yang sama, kami sekeluarga merancang untuk bercuti di Pangkor. Selepas beberapa jam perjalanan, ayah berhenti di deretan kedai untuk menelefon seseorang. Di Tg. Malim. Rupa-rupanya ayah nak balas kunjungan :D
Semasa aku melangkah masuk ke rumahnya, Ibunya masih nampak macam dulu. Manis dan nampak muda.
Sementara ibu dan ayah bersembang, aku keluar bersama Amirah. Bersembang di halaman rumahnya di bawah pondok. Banyak perkara kami bualkan. Selepas berhubung di facebook ternyata kami tidak lagi kekok seperti dulu :)
*********************************
Dan kini, Alhamdulillah persahabatan kami tidak terputus. Kami masih lagi berhubung di facebook untuk mengetahui perkembangan masing-masing dan saling memberikan semangat :D
**********************
Aku bangun lalu menutup lampu. Memejam mata dan berdoa supaya persahabatan kami kekal hingga ke syurga. Aamiin :')
Khas buatmu, Amirah :)

Comments