Azab neraka


Alhamdulillah aku masih hidup di muka bumi Allah dengan izin Allah. Malam tadi sebelum tidur, aku menyanyi lagu nasyid yang pernah aku persembahkan semasa darjah 4 untuk pertandingan MTQ.
Hayati dan fahamkanlah maknanya. Amat mendalam. Semoga menyedarkan kita :) (Korus lagu tersebut)

Tuhanku 
,Selamatkanlah daku dari seksa api neraka 
Yang bahan bakarnya manusia dan batu, 
Udaranya panas gelap gelita. 
Minumannya dari darah dan nanah, 
Makanannya dari buah zakum berduri, 
Pakaiannya dari api neraka, 
Membakar kulit hingga ke hati. 
Hangus diseksa tidak pulak mati, 
Setiap masa silih berganti,
             Oh Tuhanku, Ampunilah dosaku,

          Selamatkanlah daku dari seksa itu,

          Pimpinlah daku hingga akhir hayat ku.

Na'uzubillahiminzalik. Kita tak layak untuk syurga Allah, namun kita juga tak sanggup untuk pergi ke neraka Allah. Banyakkanlah beramal :)




Comments

Mormor said…
nauzubillah . jauhkan kita dari azab neraka :')

Popular Posts