Sahabatku Ain
“Kriiing” loceng rehat Sekolah Kebangsaan Setia berbunyi. Suasana di tapak perhimpunan mula riuh rendah. Keadaan di dalam kelas lima Arif senyap kerana cikgu Mariani sedang meradang disebabkan seorang pelajar bernama Ain. Pelajar yang amat disenangi guru dan rakan – rakannya tetapi lemah dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu Penulisan. Ain mempunyai sahabat bernama Najwa. Persahabatan mereka bagai ‘isi dengan kuku’.
Di sekolah, tanpa rasa jemu, Cikgu Mariani sering memberi tunjuk ajar dan membantu Ain untuk membina ayat yang lengkap. Apabila ada masa terluang, Ain dan Najwa mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Pada suatu hari, Ain dilihat bersendirian dan sering termenung. Perubahan ini disedari oleh Najwa dan cikgu Mariani. Pada waktu rehat Najwa mengambil peluang untuk bertanya kepada Ain. “Awak kenapa? Tanya Najwa. Akhir – akhir ini awak sering termenung dan suka bersendirian. Jikalau ada masalah, luahkan saja kepada saya. Saya sedia mendengar.” Ain diam tanpa berkata apa – apa.
Pada hari peperiksaan,Ain berasa berdebar – debar sekiranya tidak mendapatkan keputusan yang cemerlang. Seminggu selepas peperiksaan, Ain tidak hadir ke sekolah. Cikgu Mariani bertanya kepada Najwa. Namun Najwa juga tidak tahu sebab Ain tidak hadir ke sekolah. Keesokan harinya, cikgu Mariani mengumumkan keputusan matapelajaran Bahasa Melayu. Ain memperoleh markah tertinggi dalam keseluruhan kelas. Benarlah pepatah Melayu mengatakan ‘takkan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya’. Pada hari yang sama, Ain meninggal dunia. Najwa dan Cikgu Mariani bergegas ke hospital. Sebelum Najwa dan Cikgu Mariani pulang Ibu Ain menghulurkan sampul surat berwarna biru kepada cikgu Mariani. Cikgu Mariani membuka sampul surat itu lalu membacanya.
Cikgu Mariani…
Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini.Saya tahu,tanpa bantuan cikgu dan Najwa,mungkin saya tak akan dapat keputusan yg bagus dalam pelajaran.Akhir kata saya,saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI GURU
salam sayang
ain.
Kandungan warkah itu membuat kan Cikgu Mahani terharu......
Comments