Hari Terakhir buat Tahun Terakhir

Tahun ini hampir ke penghujungnya,
Azam dan semangat berkobar-kobar,
Dalam jiwa setiap manusia.

Namun ada yang alpa,
Dengan benda yang luar biasa,
Kerana hari-hari sama.

Maksiat berleluasa,
Bencana alam merata,
Kita di sini masih serupa,
Berhibur tanpa sedar,
Ibarat hidup tidak sekadar.

Apa kita lupa,
Pada syariat yang ditetapkan?
Apa kita tak mahu,
Berubah kepada yang baik?
Yang baik kepada lebih baik,
Yang lebih baik mengekalkan baiknya,
Dan kembali kepada fitrah seorang manusia,
Iaitu meriah cinta-Nya




Comments

Popular Posts