Perubahan

Assalamualaikum penghuni dunia dan seisinya :D

Alhamdulillah nikmat islam masih dinikmati :) Dan cuti ini aku mempunya visi dan misi dalam kehidupan aku sebagai seorang hamba Ilahi. Aku akan melakukan anjakan paradigma dalam diri InsyaAllah :D
Dan,
Sesungguhnya penghijrahan itu perit, sebab akhirnya nanti kau akan rasa manisnya.

Dalam proses penghijrahan aku, Ya Allah, betapa sakitnya, betapa peritnya, betapa sukarnya apa yang aku perjuangkan. Betapa susahnya apa yang aku lakukan.
Namun, sebagai motivasi dalam diri aku katakan yang semua ini akan berakhir dengan kemanisan. Allah bentangkan kau jalan untuk kau berubah dan dihiasi dengan ujian-ujian yang begitu perit menanti di sepanjang jalan hijrah yang kau lalui Tapi, ketahuilah yang Allah akan hidangkan sesuatu yang manis di hujung jalan nanti. Kenapa?
Sebab Allah nak uji sama ada kau berubah kerana DIA, atau ciptaan-Nya. Sama ada kau berusaha atau main-main dalam penghijrahan ini.

Sungguh aku temui yang manis itu.
Saat kau berdoa kepada Allah dengan linangan mata menyesal, linangan mata memohon dengan penuh pengharapan,kau rasa Allah begitu dekat dengan kau.
Jujur aku katakan perasaan itu sangat indah .
Perasaan nyaman dan tenteram kerana kau dapat rasa Allah ada untuk dengar segala luahan kau.

Ingatlah yang Allah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu wahai saudaraku :)
Ketahuiah yang Allah tak pernah jemu menunggu kita untuk meminta kepada-Nya.
Cuma kita sahaja yang terlalu leka untuk mengingati Sang Pemberi Udara .

Comments

Popular Posts