Assalamualaikum :) Salam ukhwah. Sudah lama aku tidak berbicara.

Sedang aku asyik melihat timeline, tiba-tiba ada seorang senior post video ini.Hidayah di usia muda.
Aku khusyuk mendengar. Bicara dia menusuk kalbu. Lantas aku buka akaun facebook saudara tersebut. Dan aku jumpa video ini. 
Sungguh aku rasa sungguh malu dengan saudari ini. Umurnya sebaya denganku. Hidupnya diselubungi ketakutan dan kegelapan. Berkali-kali dia menyatakan, ibunya memakai pakaian serba hitam kerana hidup mereka diselubungi ketakutan. Dan saat dia menanyakan "Di mana kaum muslimin?" 
Aku rasa sungguh malu. Ulang sekali lagi, maluuuuu. Aku malu. Sebagai saudara muslim aku tak membantu apa-apa.

 Aku terfikir, aku tak dapat online 1 hari pun dah sengsara, inikan pula mereka yang setiap hari menghadap muncung senjata. Tak kenal apa itu facebook atau twitter. Saat mereka melontar batu ke arah rejim zionis, kita di sini asyik dengan big bang,exo, one direction dan justin bieber. Mana usaha kita sebagai seorang saudara muslim? Apa bantuan kita untuk mereka? Fikirkan lah wahai saudaraku :)

*Maaf andai entri kali ini aku ada mengguris hati sesiapa.

Comments

Popular Posts