Secebis Kenangan

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini,
kita terpisah demi kasihnya.
Namun cebisan kenangan kita,
Sentiasa bermain di bayangan mata.
Detik waktu yang berlalu,menjadi memori kaw dan aq....

Sewaktu kita bersama,saling setia menimba ilmu,
Tanpa mengenal erti penat jemu ingatkah kaw lagi????
Kita bersama memijak onak duri,
Di tanah gersang mengutip semangat suci,
Kini segalanya tersurat dalam sanubari..

Bersabarlah,dengan ketentuan-Nya,
Ada rahmat yang tersembunyi,
Bertemu berpisah kerana Allah,
Lumrah kehidupan insan beriman.

Moga saat nan indah ku harap,
Berulang lagi....

p/s:untuk sahabatku Wardina,Yaya,Hadfina,Anith,Liyana,Azma,Jiha dan semua ahli kumpulan ILTIZAM.
Miss u all so much..

Comments

Popular Posts