Indahnya Ukhwah ^_^

Assalamualaikum buat semua pembaca :) Alhamdulillah aku di sini masih mampu mencoretkan kata-kata buat tatapan:) 

Tadi aku bukak twitter, jumpa acc twitter kawan lama. Subhanallah :) Aku rindu dia sangat2. Seorang yang lembah lembut pada hematku. Aku sempat kenal dia semasa di darjah 4 sebab kami sekelas. Dan aku dapat tahu dia pindah semasa naik darjah 5. 

Walaupun semasa darjah 4 aku mengaku ada bergaduh. Biasalah kanak-kanak. Masa itu tak kenal langsung erti kehidupan yang sebenar. Tak nak kawan la, ape la. Jeling la, itu biasa bagi kanak-kanak *setakat yang aku tahu.
Dan aku juga mengaku, dahulu aku ada banyak masalah. Selalu buat masalah. Nakal kan,, tapi tak la nakal mana sampai susahkan pihak disiplin:)

Indhanya ukhwah.. Teringat lagu Amar,

Bertemu berpisah kerana Allah,Lumrah kehidupan insan beriman, Moga saat nan indah ku harap,Berulang lagi

Search la kat youtube tajuk  Cebisan Kenangan. Lagu tu sedap didengar. Hayatilah, InshaAllah maksud sampai :)

Ada lagi seorang sahabat aku yang sangat sangat aku rindu, Agak lama aku bersahabat dengan dia. Hampir 15 tahun. Dia dahulu jiran aku yang kini menetap di Tg.Malim. InshaAllah bulan Disember ni aku cuba memujuk ayah untuk berjumpa dengan dia.Melepaskan rindu yang berbuku di hati ini. Allah, aku respect dia sangat. Dia seorang hafizah inshaAllah. Semasa aku melawat dia tahun lalu, aku lihat piala Anugerah Pelajar Terbaik. Sedangkan sekolah itu baru dibuka dan dia adalah orang pertama:) Aku bangga dengan kau sahabat:)

Indahnya ukhwah itu bila kita sulami persahabatan kita dengan kasih sayang semata mata hanya kerana Allah. Percaya lah, korang rasa kemanisan ukhwah itu nanti InshaAllah. Izinkan aku mengundur diri:)

Assalamualaikum 

Comments

Mormor said…
untung ada kawan macam auni . still ingat member walaupun last jumpa darjah 5 :)

btw , boleh tak buang word verify ni ? senang nak komen lainkali :)
Najah said…
eh,,biasa2 je la akk,, hehe,,
anyway auni tak tau mcm mane nak buang word verify,,hehehe

Popular Posts