Seperti biasa sebelum tidur, otak aku akan ligat berfikir tentang segala benda.
Aku baring memandang kipas yang asyik berputar.
'Lagi beberapa hari 2013 melabuhkan tirai.'
'Heh, sama je 2013 ke 2014 ke, perangai kau sama juga.'
'Ok2.'
Aku pusingkan badan ku ke kiri.
Aku imbas kembali semasa awal tahun 2013.
Kami tingkatan dua dikejutkan dengan minggu orientasi yang kami wajib hadapi.
Dan aku menerimanya sebagai satu cabaran.
Lagi satu yang asing untuk aku lalui pada tahun ini,
Bersekolah di sesi pagi.
Sungguh aku tak suka bercampur dengan senior di sekolah.
Namun ia tidaklah seburuk yang disangkakan.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Dan,
Aku harap sesi persekolahan aku yang akan datang,
Berjalan dengan lebih lancar sebagai orang 'baharu'
:)

Comments